Thursday, 13 September 2012

ENAM

Jam pukul 8 malam. Saya siap-siap mesej Hakim ajak makan malam sama-sama. Dah seminggu mengidam nak buka puasa dekat Ayam Penyet. Tapi tetap juga tutup. Adakah mak cik kedai tu balik Indon sampai sebulan?. Tensen saya. Pergi dua tiga kali tetap gak tutup. Fedup.

Nasib baik Pak Long corner buka. Bolehlah makan nasi puyuh kerabu mangga dia yang delicious tu. Uhuks. 

Hakim pun sampai dengan wanginya. Kompem baru pas mandi. Borak-borak pasal AR dan esemen yang merunsingkan fikiran. Jadi bertambah runsing. Fedup lg. *tp lega sbb leh kongsi..

Ada satu keluarga datang bawa dua orang baby. Alamak.. kawaii.. ^_^. Comel gila!. 

Budak yang comel tu nakal tarik ekor kucing yang lalu depan dia. Nenek dia marah. Dia tak tarik. Lepas tu agaknya kucing tu gatal, lalu lagi depan dia. Dia tarik lagi. Nasib baik tak kena cakar.

Lepas tu ayah budak tu tunjuk kami. Ha, buatlah macam tu, abang tu makan ang tu nanti. Abang tu garang. 

Terus kusutkan rambut dan jegelkan mata. 

hiks. Garanglah sangaaat.

Selamat Hari Raya. :)

Akim



Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Thursday, 6 September 2012

KISAH DIAM



Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]



Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sabar :)


Tuesday, 7 August 2012

BUKA

Berbuka dekat rumah mesti sangat best. Mak mesti masak sedap-sedap. Ikan patin, ikan talapia.. Em.. Belum tambah lagi dengan makanan sampingan macam kuih-kuih yang beli dekat bazaar. Arghh!!. Nak balik Pahang sekarang rasanya!. 

Kat sini, ada 3 pilihan untuk berbuka: Masjid, bazar dan kedai. 

Masjid adalah pilihan yang selalu dibuat. Jimat. Boleh diet. heee.. 

gmbr lauk berbuka masjid tahun lepas.

moreh 
Selalu pergi masjid dengan my lovely housemates. Lebih barakah. Camtu.

Bazar: Penanti dan Perda.

Selalu kitaorang pergi penanti je sbb dekat. Perda pun best. Banyak pilihan. Kalau pergi bazaar duit memang cepat habis. Semua nak. Yang tu nak, yang ni nak. Last2, tak habis pun semuanya. Buang. Teruk betul. Ni semua salah nafsu! wah.. Siapa suruh tamak sangat kan..

Kedai:

x suka pergi kedai sebab kedai selalu penuh untuk waktu berbuka. Pelayan lak semua sibuk dan lupa nak senyum.

*******************************************************************

Walau kat mana pun berbuka puasa adalah waktu yang sangat best. Tak kira makanan yang banyak ke, sikit ke kan.. Sebab puasa ni memang istimewa.. 

Daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: 

Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya kegembiraan dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi. (riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al Nasai).


Selamat berbuka =)

Monday, 6 August 2012

HOSPITAL

Malang memang tidak berbau. Jadi secara total, malang memang tak lah termasuk kategori busuk, hapak, tengik, hancing, wangi dan sebagainya. Walau betapa dalam kita tarik nafas pun, malang tetap tak de bau. Hakikatnya kita semua memang tak boleh mengagak bila kita akan ditimpa malang bukan?. Kalau ada phycic power sekali pun, tak tentu boleh agak malang yang menimpa kita even professor botak dalam x-men tu pun x. Semua yang terjadi ini adalah qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t yang Maha Kuasa. Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha, berdoa  (bersungguh-sungguh) dan bertawakal atas setiap ketentuan yang diberikanNya.


******************************************************************************

Masa abah sakit hari tu, 2 malam mak teman abah dekat hospital. Sebab saya dah sampai hospital, giliran saya pula untuk jaga abah. Katil di sebelah kanan abah adalah orang India. Tak ada orang teman dia. Kesian. Umur dalam 40-an dan tak kahwin lagi. Dia kata dia tinggal dengan kakak dia. Dia ni macam baik je. Badan besar, tapi makan sikit je. Tak lalu makan. Tak sedap katanya.

Sebelah kiri pula, budak penjara. Muda lagi. Dalam 20-an. Kurus kering. Muka dia agak menakutkan. Cengkung. Bila tegur, dia macam tingtong sikit. Pandang je dalam-dalam. Takut. Pastu dah tak tegur dah. Ada dua orang budak penjara dekat sini. Sorang lagi orang cina. Selalu marah-marah nurse. Pesakit daripada penjara ni ada  polis atau warden yang kawal setiap waktu. Selama ini saya ingat penjara ada hospital sendiri. Rupanya tak.

Setiap kali masa bagi ubat, saya akan dengar suara orang meraung. "sakit, sakit". Meraung kuat sangat sambil mulut mencaci maki nurse dan doktor. "babi, bodoh, bangang dan sebagainya'. Suara orang muda, memang kuat. Setelah dirisik-risik rupanya dia ni baru habis sekolah dan kemalangan sebab merempit. Kesian. Dalam masa dia meraung tu, dia panggil mak dia. "mak, makkkk".. seram bila ingat sebab memang sangat sakit mendengar raungan itu. Dengar kata mata dia ada problem sebab excident tu.

Sebelah hadapan kanan pula, pekerja kilang. Tak pernah tegur pun. Selalu saya nampak isteri dan anak-anak dia datang melawat dia. Mereka nampak dalam masalah. Macam hutang. Pernah suatu hari kawan lelaki ni melawat dia. Saya terdengar yang si suami beritahu dia sangat kasihankan isterinya yang bersusah payah untuk dia. Si isteri memang sangat gigih menjaga suaminya sebaik mungkin. Pada saya, saya belajar bahawa pada waktu susah beginilah kita tahu hati budi orang yang disekeliling kita. Yang sudi berkongsi susah payah bersama-sama. Bukannya sewaktu senang sahaja bersama, di waktu susah sendirian.



Nurse dan doktor sangat baik di sini. Banyak doktor pelatih. Sangat comel melihat mereka belajar. Berpusu-pusu mendengar penjelasan doktor yang berpengalaman. Haha 



***********************************************************************

Setelah abah selamat dibedah, kami keluar daripada wad. Sememangnya tinggal di hospital tidak seronok, tetapi mendatangkan seribu satu keinsafan dalam diri saya. Menziarahi orang yang sakit akan membuatkan kita lebih menghargai erti sihat. Kesihatan untuk beribadah kepadaNya. 

Hidup ini tidak lama.. Akhirat kekal abadi.

Wednesday, 1 August 2012

TASIK CHINI JUN 2012

Malu nak mengaku walaupun saya ni tinggal di Chini, tapi masih juga tak berapa pandai nak terangkan apa tu Tasik Chini. 12 tahun kot tak pergi sana dah setelah arwah kak Silah jatuh tasik dulu. Abah pernah pesan, kalau nak pergi tasik tu kena bagitahu abah awal-awal. Sebab Tasik tu memang ada 'sesuatu' untuk keluarga kami. Saya pun tak tahu nak terangkan macam mana. Well, kakak saya yang seorang lagi tu - kaksu, pernah gak pergi sana untuk jalan-jalan dengan kawan dia naik motor. Tak beritahu abah. Last-last dia excident. Masuk hospital.

Lepas kejadian tu, saya terus set dalam fikiran saya untuk TAK NAK pergi Tasik Chini dah. First sebab kemalangan arwah kak Silah yang jatuh tasik tu (sedih ) and second sebab saya mula percaya dengan pantang larang yang abah cakap.

12 tahun telah pun berlalu. Segala yang berlaku, telah pun berlaku. Kehidupan diteruskan bukan? Bila belajar dekat tempat orang ni kan, memang best sangat. Kita dapat tengok macam-macam perbezaan. Perbezaan orang, perbezaan budaya dan perbezaan-perbezaan lain. 

Mak pernah cakap saya ni asyik datang rumah orang lain je. Tapi dorang tak pernah datang pun Chini. Saya mula terfikir, kalau saya nak bawa dorang datang, apa je tempat menarik yang boleh saya bawa?. Tasik Chini?

Tasik Chini lah kan. Yang dekat dengan rumah dulu. Lepas tu barulah tempat-tempat lain. 

Ops, masa 2010 dulu, saya pernah juga datang sini dengan family untuk survey tempat. Last-last tengok tak ada apa sangat sebab masa tu Tasik ni tengah under construction. Masa tu, saya tengok Tasik ni dah tak macam dulu. Air dia macam keruh lebih.

Cuti sem tahun ni, saya pergi lagi Tasik Chini, Kali ni dengan bos besar Arisya Collection (kedai tudung) ~ Abang Asyiri. Kami pergi berdua je. Tu pun pergi tak dirancang. *pagi tu beria ha daftar pertandingan karaoke bagai. Last-last nan hado masuknya.. 

Abg Asyiri yang sangat sporting 

tumbs up. wah.. 
 

Kami ambil package 12 tasik. Sewa bot RM70. Sebab berdua je, agak rugilah. Kalau ramai, lebih untung. 1 bot tu saya rasa dapat muat  dalam 8 orang kot or lebih lagi. 

Pemandu bot tu, orang asal sini juga. Nice sangat. Dia orang baru kerja sini. Btw, penerangan yang dia bagi simple je and layan je apa yang kiteorang buat. (buat apa lagi kalau bukan ceria-ceria manja atas bot tu. suara dah lah semua sedap dan ketawa mmg slow2 kan)

Semasa meredah tasik Chini ni kan, saya tak perasan pun teratai. Tak macam dulu. Teratai banyak sangat. Saya tanya dekat pemandu tu. Dia cakap sekarang memang bukan musim teratai. Saya oh je la n diam. Tiba-tiba pemandu bot tu pusing. Bawa kita orang dekat 1 tasik. Tempat tu macam sembunyi sikit. Dekat tasik tu ada 2 kuntum bunga teratai. Ya Allah, gembira sangat waktu tu. Yalah dah lama kot tak dapat tengok real teratai dekat tasik.

betapa seronoknya sy dapat pgg teratai. sampai terbalik-balik dah kusyen bot ni ha.
Puas!!. Walaupun pegang 1 je teratai. Biarlah 1 pun. Asalkan ada. 

Then, lepas pegang teratai, pemandu bot tu kata dia suka dengan kitaorang. suka is senang dengan kitaorang. Dia bawa kitaorang pergi Kampung Chendahan.

kg Chendahan
Dekat kg Chendahan ni, saya dapat main sumpit, tengok kraftangan dorang dan dengar alat muzik dorang. Seronok sebab tak pernah buat semua ni. hehe. Main sumpit ni tak lah susah sangat. Mula-mula tak kena, lama-lama kena. Wah. Ada bakat!

Dalam meredahi tasik petang tu, nampak banyak sangat tempat penternakan ikan. Nampak juga orang-orang asal tengah memancing. Bukan main authentic lagi rasanya. 

Selesai naik bot, kami balik. Mak pun baru pulang daripada pesta Belia Chini. Mak juara pertandingan buat baju guna kertas dengan Mak Ron. Wah hebat r mak!. Bangga


Dalam hidup ini kita selalu dihantui oleh kenangan. Dan kadang-kadang kenangan meninggalkan kesan yang besar dalam diri kita. Sehingga kita tak pernah berubah. Dan di Tasik ini, aku terkenangkan arwah. Betapa sudah lama dia pergi meninggalkan kami ~ 12 tahun.. Dia paling baik antara kami.. Mungkin sebab itulah Allah lebih sayangkan dia... Sampai bila-bila pun dia tak pernah kami lupakan. Al-Fatihah.~

Monday, 2 April 2012

BISMILLAH ENAM


Bismillah ni abah suruh hafal dah dari dulu lagi. Tapi dasar budak pemalas, tak hafal-hafal pun lagi. Sekarang saya print Bismillah ni dan tampal dekat tempat study.

Abah kata banyak kebaikan hafal Bismillah enam ni. Antaranya untuk buat air tawar la.. Tau kan air tawar?. Air yang orang buat untuk lembutkan hati, lancarkan sebutan kalau masuk bertanding pertandingan bercerita ke, pidato ke dan sebagainya. Eh? Yeke?..

Ustazah pidato saya dulu selalu bagi saya air tawar sebelum bertanding apa-apa pertandingan. Mujarab kot. Sebab kadang-kadang saya dapatlah juga tempat dalam pertandingan yang disertai walaupun kekadang sendu sebab kalah.. sobsobsob..

Rindu dekat ustazah tu...

Bawah ni churp churp.
GSC is giving out 25,000 FREE tickets on the 1st of April to celebrate #GSC25th!

Saturday, 31 March 2012

Doraemon cakap..


Setuju apa yang doraemon kata.. Tak semua penilaian orang terhadap kita tu betul.. Kadang kadang orang boleh membenci kita tanpa ada sebarang sebab pun.. Sayangilah orang yang menyayangi kita.. =)

Kalau setuju klik bawah ni.. hehe

No more eating dried, unappetising microwaved foods with #Austrarant's stainless steel food warmer.